Hiburan

Ibu Radin Era FM meninggal dunia

Penyampai radio Era FM, Radin, berkongsi khabar duka ibu tercinta, Feridah Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 9.25 pagi tadi.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram milik penyampai radio itu yang memuat naik gambar hitam bertulis “Innalillahiwainnailaihirajiun” sebentar tadi.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Assalamualaikum WBT. Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafas nya yang terakhir jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H

“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang beriman Amin,” coret Radin mengakhiri ucapan Nd sayang mama.

Terdahulu, Radin pernah berkongsi kondisi kesihatan ibunya yang kurang sihat.

Sementara itu di ruangan komennya dibanjiri ucapan takziah daripada peminat dan rakan artis.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!