Berita Utama

Ibu zalim campak bayi dari tingkat 13

BAYI yang baru dilahirkan maut selepas dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam, Georgetown, pagi ini.

Difahamkan mangsa dicampak ibunya yang berusia 18 tahun.

Ibu bapa kepada wanita berusia 18 tahun itu dipercayai berada di rumah ketika kejadian.

Mayat bayi yang mengalami kecederaan parah di kepala itu ditemui penduduk yang mahu ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian itu.

Ini adalah kejadian kedua berlaku di kawasan itu dalam tempoh dua bulan.

Pada 13 Mei lalu, bayi yang baru dilahirkan dicampak dari tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, beberapa jam selepas dilahirkan.

Bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan masih bernyawa di bahagian kawasan terbuka flat terbabit.

Ibunya yang berusia 18 tahun dan teman lelakinya ditahan polis untuk siasatan.

Loading...

Leave a Reply