Blog Berita Online

Berita Utama

Individu disaman Firdaus Wong mahu selesai luar mahkamah dan minta maaf

INDIVIDU yang disaman kerana memfitnah pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung mahu menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Dalam satu ciapan di Twitter, Firdaus Wong meminta pendapat netizen sama ada meneruskan saman tersebut atau menerima maaf daripada individu tersebut.

Namun, Firdaus berpendapat individu tersebut perlu membayar kos guaman dan gantirugi teladan supaya ianya menjadi peringatan kepadanya dan orang lain agar tidak memfitnah sesuka hati.

“Ada individu yg saya saman fitnah ingin selesaikan kes di luar mahkamah dan minta maaf sahaja.

“Pendapat saya, boleh tetapi perlu bayar kos guaman dan gantirugi teladan agar dia dan orang lain tak berani fitnah sesuka hati lagi. Keadilan dan kemaafan kena seimbang.

“Apa pendapat sahabat?,” ciapnya.

Paparan skrin ciapan tersebut turut dikongsi di Facebook miliknya dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Fitnah tu salah satu dosa besar. Qisas & Takzir adalah salah satu bentuk pengajaran supaya Fitnah yg sama tidak mudah berleluasa! Permohonan maaf perlu meluas & terbuka seperti mana bentuk Fitnah selepas segala kos diselesaikan! Istikharah daripada Maha Petunjuk lebih afdal, wallahuaklam,” kata Emkay Aphamimo.

“Boleh juga diselesaikan di luar mahkamah dengan kos guaman dan ganti rugi lain dikenakan kepada penama, termasuk permohonan maaf bertulis di dalam akhbar2 utama. Para pemfitnah wajar diberi pengajaran sewajarnya,” ujar Awang Matusin.

“Saya cadang bawa masuk ke mahkamah juga sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak sesuka hati menfitnah pihak saudara,” kata Qree F. Mall

Leave a Reply