Blog Berita Online

Berita Utama

‘Duit dah banyak, pencen dah ada..’ – Individu ini minta Dr Hisham letak jawatan KP Kesihatan

Boleh dikatakan hampir setiap hari, Dr Noor Hisham akan muncul di kaca TV untuk membentangkan laporan terkini jangkitan Covid-19 dan isu-isu penting yang berkaitan.

Meskipun sumbangan beliau pada negara sangat besar, namun ia belum mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Kesannya, baru-baru ini Dr Noor Hisham menerima rasa tidak puas hati dari netizen yang menggesa beliau supaya meletakkan jawatan.

Semuanya bermula apabila beliau memuat naik satu ciapan nasihat kepada rakyat Malaysia agar duduk di rumah dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara lebih buruk akan muncul jika kita semua tidak menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan sebaik-baiknya.

Dalam satu ciapan lain pula, beliau meminta agar rakyat Malaysia patuh kepada arahan yang dihantar secara harian oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, ciapan berbentuk nasihat itu menerima maklum balas negatif daripada netizen yang rata-ratanya menganggap beliau memilih bulu dalam memberi nasihat.

Ada juga yang meluahkan keperitan mereka dalam mengharungi hari-hari dengan keadaan ekonomi yang tenat.

Malah, seorang netizen meminta agar Dr Noor Hisham meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Kesihatan.

Apa kata anda? Patut ke beliau meletakkan jawatan?

Leave a Reply