Blog Berita Online

Viral

‘Ingatkan tentera ni kuat sangat, baru kena langgar dah mati’

Sejak pagi ini tular satu rakaman dashcam memaparkan sebuah kereta Myvi dipandu laju dan merempuh Honda Accord yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu Honda Accord, Mohd Rizal Buseri yang juga anggota TLDM maut serta-merta di tempat kejadian manakala pemandu Myvi, seorang wanita berusia 23 tahun pula hanya cedera ringan.

Menerusi rakaman itu, boleh dilihat bagaimana Myvi tersebut melambung sebaik merempuh selain turut mengakibatkan Honda Accord terbabit terbalik.

Susulan itu, pihak polis telah menahan pemandu Perodua Myvi tersebut selepas saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah.

Kemalangan menyayat hati itu telah menarik perhatian orang ramai yang rata-rata bersimpati dengan mangsa yang meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang masih kecil.

Tidak kurang yang mengecam pemandu wanita terbabit yang menjadi punca kehilangan nyawa pemandu lain.

Sementara itu, ketika orang ramai lebih terarah mendoakan kesejahteraan arwah, ada seorang individu telah memuat naik satu hantaran jelik di Twitter menghina kematian arwah.

Individu yang menggunakan nama Raja Farah Sofea dipercayai akaun palsu secara jelas merendahkan-rendahkan martabat seorang anggota tentera.

“Ingatkan tentera ni kuat la sangat. Baru kena langgar dah mati. macam tu je frontliner. belum pape dah kiok. kah!” tulis individu terbabit.

Individu terbabit dilihat tidak kisah dengan kecaman netizen, malah dia telah memuatnaik hantaran kedua dengan kata-kata jelik terhadap pasukan barisan hadapan negara.

“So kiranya pekerjaan army ni overrated la. orang ingat kental sangat, tapi hmmm. btw ni army dekat negara lain. kah!” tulisnya lagi.

Sementara itu, perkongsian individu terbabit telah mendapat kecaman netizen yang nyata terkejut dengan kata-kata bersifat hinaan seperti itu.

“Dah kenapa? Kecewa dengan anggota tentera ke?? Cinta tak berbalas?? Panas hati punya pasal post tak pakai akal…nama dah lawa.. Orang pun cantik.. Tapi sayang TAK ADA AKAL..” tulis Rafiq

“Mana akal yang Allah bagi? Tentera tu pun manusia. Takda beza dengan manusia lain. Lagipun kena hentam kuat di bahagian seat driver ya sampai Myvi tu pun terbang. Kalau takda benda baik nak cakap baik diam je,” tulis Sam

“Tentera pun manusia juga akak/adik…Tiada manusia yang kebal di dunia ini….Jangan perlekeh tugas front liner..Cuba kalau akak/adik yang ada di tempat front liner…Fikir sebelum buat statement…Dah tweet akak / adik ni viral satu Malaysia,” komen Anep

Susulan itu orang ramai mahu pihak berkuasa menyiasat akaun wanita terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya.

Jelas sekali kata-katanya bukan sahaja tidak menghormati pasukan tentera, malah menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa.

Leave a Reply