Politik

PN namakan Ismail Sabri calon PM?

BANGI – Perikatan Nasional (PN) bersetuju menamakan Datuk Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri baharu yang akan dipersembahkan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Sumber PN berkata, ini juga dipersetujui Ahli Parlimen UMNO yang tidak bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Sekarang terpulang kepada kem Ahmad Zahid, sama ada bersama kami atau sebaliknya.

“Jelas kini, ada 100 ahli Parlimen menyokong PN. Kita sepakat memberikan peluang parti terbesar dalam PN untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Katanya, kumpulan Ahmad Zahid yang disertai 15 Ahli Parlimen UMNO pada masa ini menolak mencalonkan Ismail Sabri, sebaliknya menamakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebagai calon Perdana Menteri selain Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya lagi, kumpulan Ahmad Zahid mempunyai dua pilihan, sama ada terus dengan niat mencalonkan Presiden UMNO itu atau Tengku Razaleigh atau menerima Ismail Sabri yang disokong ahli Parlimen PN.

“Jika Ahmad Zahid enggan menerima Ismail Sabri dan mahu bersama Pakatan Harapan (bagi membentuk kerajaan baharu), bermakna beliau dan kumpulannya akan mengkhianati UMNO dan melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang tegas dengan pendirian ‘No Anwar, NO DAP,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!