Berita Utama

Israel kembali buat ‘onar’ di Masjid Al-Aqsa

Belum 24 jam genjatan senjata antara Hamas dan Israel, tentera rejim dilihat kembali membuat onar di Masjid Al-Aqsa.

Seorang pengguna Twitter bernama Ikhwan (@JatIkhwan) telah memuat naik beberapa video memaparkan tentera Zionis  merempuh masuk ke masjid suci umat Islam itu.

Tentera rejim telah melepaskan bom pemedih mata ke arah ribuan pengunjung dan menyebabkan ramai rakyat Palestin di situ mengalami sesak nafas termasuk wanita dan kanak-kanak.

Mereka juga bertindak lebih kejam dengan melepaskan tembakan peluru getah ke arah pengunjung.

Menerusi hantaran yang lain, Ikhwan turut berkongsi gambar beberapa tentera Zionis yang berada di atas bumbung Masjid Al-Qibli sedang mengacukan senapang ke arah orang ramai.

Difahamkan, pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera Israel turut berlaku di Bethlehem ketika ini, yang mana gas pemedih mata turut dilepaskan.

Akibat daripada serangan itu, penduduk Palestin sedang berusaha menyelamatkan diri dan dikatakan sebuah keluarga telah ditembak di Umm Al Fahm.

Semoga penduduk Palestin di sana dalam keadaan baik dan sentiasa dalam perlindungan Allah.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!