Blog Berita Online

Berita Utama

Isteri ikut suami ke kelab malam, bimbang dia berfoya-foya dengan wanita lain

Seorang wanita ditahan bersama suami di pusat hiburan di Kuah, Langkawi awal pagi tadi memberi alasan mahu menemani suami kerana bimbang lelaki berusia 40 tahun itu berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuannya.

Ketika disoal, wanita berusia 39 tahun itu juga memaklumkan berkunjung ke kelab malam itu kerana mahu merasai keseronokan suasana di pusat hiburan.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan itu memiliki empat anak lelaki berusia enam hingga 16 tahun.

Selain pasangan terbabit, 27 individu lain turut ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Datang dengan suami, dia bawa datang sini. Saya tak minum. Ini kali ketiga (saya datang) sepanjang PKP,” kata wanita itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Roszemi Mat Derus mengesahkan tangkapan itu menjelaskan mereka ditahan kerana aktiviti pusat hiburan di pulau itu masih belum dibenarkan beroperasi selain tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(7) PKPP 2020 kerana ingkar PKPP dan dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Malah, enam daripada mereka yang didapati positif methapetamine dan ganja disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – CARI

Leave a Reply