Blog Berita Online

Berita Utama

Isteri maut depan mata suami motosikal dirempuh kereta Honda

KOTA SAMARAHAN – Seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa Nur Ain Andin Abdullah, 33 tahun meninggal dunia semasa dirawat di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada jam 7.35 pagi.

Katanya, semasa kejadian, mangsa dikatakan membonceng sebuah motosikal apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta di Kilometer 24 Jalan Kota Samarahan-Asajaya.

“Hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku lebih kurang pukul 6.20 pagi.

“Akibat kemalangan tersebut menyebabkan pembonceng (mangsa) disahkan meninggal dunia, manakala penunggang motosikal mengalami cedera parah dan masih dirawat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — DayakDaily

Leave a Reply