Berita Utama

Isu arak: Melayu bodoh dan fitnah tak akan berpisah, kata Siti Kasim

MELAYU bodoh dan fitnah tak akan berpisah”.

Itu komen Siti Kasim terhadap beberapa berita yang dikongsi oleh masyarakat Melayu berkaitan pandangan peguam itu terhadap desakan Pas yang mahukan pengeluaran dan penjualan arak dihentikan serta-merta.

“Ini telah disampaikan kepada orang-orang Melayu dalam kumpulan WhatsApp dan media sosial mereka.

“Beberapa rakan Melayu saya yang berfikiran waras telah bertanya kepada saya dan mereka tidak percaya dengan apa yang mereka baca. Sekiranya anda ingin mengetahui kebenaran baca posting saya yang sebenarnya,” kata Siti Kasim.

Menurut Siti Kasim, fundamentalis Islam dan Arabisasi telah dan akan terus menjadi sumber kemunduran dan jangkitan barah kepada jiwa Melayu muslim jika masyarakat tidak mengubah cara Islam digunakan oleh golongan politik.

Beberapa portal berita melaporkan komen yang dibuat peguam berkenaan di Facebooknya dengan tajuk ‘Nak haramkan arak! Haramkan juga sekolah tahfiz – Siti Kassim’.

Dalam berita tersebut, Siti Kasim dilaporkan menyelar cadangan parti Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar.

“Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” tulis laporan berita berkenaan. Berita tersebut mengundang reaksi daripada masyarakat Islam.

Dalam hantaran asalnya pada 26 Mei itu, Siti Kasim mengkritik cara ‘PIS’ berhadapan dengan isu pemandu mabuk.

“Setiap kali ada masalah yang tidak sesuai dengan cara hidup ‘PIS’, kepercayaan dan mental mereka, mereka akan membuat bising apabila berpeluang.

“Tetapi ketika menyangkut isu-isu yang mereka setuju walaupun terjadi penyalahgunaan serius, salah urus dan jenayah yang dilakukan, mereka membisu.

“Contohnya, penyelewengan tahfiz, salah urus tempat-tempat ini, Ostard bodoh berkelakuan seperti orang bodoh, adakah mereka mengatakan apa-apa mengenai perkara ini? Tidak ada. Senyap,” tulis Siti Kasim.

Menurut peguam itu, terdapat berjuta-juta peminum alkohol yang minum secara bertanggungjawab dan adalah tidak wajar untuk mengenakan hukuman terhadap mereka disebabkan oleh peminum yang tidak bertanggungjawab dan mendatangkan mudarat terhadap orang lain.

Jelas beliau, seseorang tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima nilai, kepercayaan dan moral yang mereka pegang.

“Hanya kerana anda tidak menyukainya, anda tidak boleh menghalang orang lain untuk menikmatinya.

“Alkohol bukanlah masalahnya. Peminum yang tidak bertanggungjawab adalah masalahnya. Sama seperti sekolah tahfiz tidak menjadi masalah. Pengurusan yang menguruskan sekolah adalah masalahnya.

“Anda mahu melarang alkohol hanya kerana ia sesuai dengan anda? Maka larang sekolah Tahfiz juga kerana banyak merosakkan anak-anak kita yang tidak bersalah,” kata Siti Kasim dalam hantaran tersebut.

PAS sebelum itu menggesa agar kerajaan segera menggantung pengeluaran dan penjualan arak sehinggalah isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk dapat diselesaikan.

Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad berkata, dalam tempoh penggantungan itu, kerajaan juga perlu menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani masalah tersebut.-SM

Loading...

2 Comments

  1. Ahmad

    Dah tua pun bodo. Pergi tanam muka la, buat malu je jadi manusia. Makin tua makin bodo pompuan ni

  2. Suhaimi

    Melayu islam dn melayu libral ..tak sama

Leave a Reply