Viral

Isu video premis judi tular: MBSA salahkan peniaga burger

Pihak MBSA menyalahkan peniaga burger berhubung penularan video mengenai kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MBSA, tindakan penyitaan tersebut diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan setelah selesai melakukan aktiviti perniagaan yang menyebabkan masalah lalulintas selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, MBSA tidak pula memberikan sebab mengapa premis judi haram serta rokok seludup masih dibiarkan walaupun peniaga burger telah membuat aduan sebelum ini.

Tindakan itu seolah-olah MBSA cuba menyembunyikan sesuatu mengenai salah laku anggota penguatkuasaan mereka.

Sementara itu, peniaga burger yang merakam video tersebut nyata kecewa dengan kenyataan terbaru yang dikeluarkan pihak MBSA.

Netizen yang menyokong tindakan peniaga burger turut sama meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan ‘double standard’ MBSA yang hanya berani bertindak dengan peniaga Melayu sedangkan peniaga warga asing dibiarkan beroperasi sewenang-wenangnya.

Loading...

Leave a Reply