Viral

Jaga suami lumpuh sampai sihat, isteri akur keluarga mentua berkeras mahu pisahkan

Masihkan anda ingat satu kisah viral mengenai pengorbanan seorang wanita bernama Ayu yang tetap setia menjaga suaminya yang koma selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Jika sebelum ini, suaminya Muhammad Ridzwan Muhd Zaki tidak mampu untuk bertutur, dia kini kembali bercakap seperti biasa.

Melihatkan keadaan Ridzwan yang sudah sihat atas jagaan isterinya itu, ada pihak yang cuba memisahkan pasangan itu. Lebih mengejutkan pihak tersebut merupakan keluarga mentuanya sendiri.

@sitirohayu303Sakit tapi sampai masa terpaksa melepaskan😭 ##fyp

♬ Adakah Ini Mimpi – Chorus – Reedzwann

Menurut Ayu, sebelum ini dia pernah dituduh berkhalwat dan keluarga mentua menggunakan alasan tersebut untuk menuntut hak menjaga suaminya di mahkamah.

Ayu meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga selain akur dengan apa jua keputusannya nanti.

Perkongsian Ayu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati dengan nasib wanita itu serta memberi kata semangat kepadanya untuk terus mempertahankan haknya sebagai isteri.

SUMBER: Kisah Dunia

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!