Berita Utama

Jalil Rasheed sah bukan graduan LSE

KUALA LUMPUR – London School of Economics and Political Science (LSE) mengesahkan Jalil Rasheed bukan graduannya.

Jalil yang juga bekas presiden dan ketua eksekutif kumpulan (PGCE) Permodalan Nasional Berhad sebelum ini dilaporkan mendakwa merupakan pemegang ijazah daripada University of London.

“Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa beliau seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.”

Perkara tersebut dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan daripada Ong Kian Ming (PH-Bangi) yang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelaskan mengenai peletakan jawatan bekas PGCE PNB.

Pada 13 Jun 2020, Jalil menyerahkan surat peletakan kedua-dua jawatannya atas sebab peribadi.

“Peletakan jawatan ini diterima oleh Lembaga Pengarah PNB pada Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada Isnin 15 Jun 2020.”

Loading...

Leave a Reply