Viral

‘Jangan lupa solat Subuh’ – Pesanan akhir Kapten Afwan undang sebak

Tragedi pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, semalam mengejutkan ramai pihak termasuk.

Rata-rata netizen meluahkan rasa hiba dengan tragedi yang mengorbankan 62 penumpang termasuk anak kapal.

Salah seorang mangsa adalah juruterbang pesawat iaitu Kapten Afwan.

Menurut ahli keluarga dan sahabat, Kapten Afwan cukup dikenali dengan peribadinya yang dermawan dan rajin beribadah.

Seorang pengguna Twitter @AgungRahmadl telah memuat naik sebuah posting berkongsi mengenai peribadi Allahyarham.

Menurutnya, Kapten Afwan pernah meninggalkan sekeping nota buatnya selepas meminjam pengecas telefon ketika dia sedang tidur.

“Agung, saya pinjam charger sebentar ya. Terima kasih sebelumnya. Jangan lupa solat Subuh,” tulis Kapten Afwan dalam nota tersebut.

Seorang lagi netizen, @kiki_salsabila berkata, Allahyarham cukup sinonim dengan kopiah putihnya.

Malah, setiap kali sebelum pesawat berlepas, beliau akan menunaikan solat terlebih dahulu sementara penumpang dan kru kabin lain menunggu.

Jelas sekali, Kapten Afwan adalah seorang yang sentiasa menjaga amal ibadahnya kepada Allah.

“Kapten Afwan cukup dikenali dengan kopiah putihnya, kita selalu menunggunya solat, setelah dia selesai solat, baru kita mula berlepas,” kata @kiki_salsabila.

Bahkan, ada juga yang bercerita tentang gambar profil Whatsapp terakhir yang digunakan oleh Kapten Afwan sebelum terhempas.

“Setinggi apa pun aku terbang tidak akan mencapai syurga bila tidak solat lima waktu,” begitulah bunyi status Kapten Afwan sebelum berlepas menaiki pesawat.

Semoga Allahyarham Kapten Afwan dan penumpang pesawat ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Jadikanlah kisahnya sebagai iktibar buat kita semua. Mati itu pasti, cuma saatnya menjadi rahsia Allah. Oleh itu sempurnakanlah tuntutan kita sebagai seorang Muslim.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!