Berita Utama

‘Jangan takut pada jangkitan Covid-19’ – Donald Trump

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump yang disahkan positif Covid-19 pada Jumaat dibenarkan keluar hospital Hospital Tentera Walter Reed, Maryland, tiga hari selepas menerima rawatan di institusi perubatan itu.

Selepas dibenarkan keluar, presiden itu segera ke White House untuk meneruskan rawatan pemulihan.

Trump dilaporkan meninggalkan pekarangan hospital pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan.

Beliau menggunakan khidmat helikopter presiden Marine One untuk terus menuju ke White House.

“Jangan takut pada jangkitan Covid-19, kita ada penawar” – Donald Trump

Sebelum itu, Trump memuat naik status di laman Twitter miliknya memaklumkan akan didiscaj dari hospital.

Dalam Twitternya, Trump berkata, beliau berasa sangat sihat dan sempat berpesan kepada rakyat supaya tidak takut dengan jangkitan Covid-19 kerana pihaknya telah menemukan penawar hebat.

“Don’t be afraid of Covid. Don’t let it dominate your life. We have developed, under the Trump Administration, some really great drugs & knowledge. I feel better than I did 20 years ago!,” tulisnya.

Selepas keluar hospital dan tiba di White House, Trump segera menanggalkan pelitup muka yang dipakainya.

Kepulangan Trump menyusul ketika mana bilangan kakitangan White House yang dijangkiti Covid-19 masih belum dimuktamadkan.

Soal kesihatan Trump membayangi kempen pilihan raya presiden yang berbaki kurang sebulan.

Beliau sebelum ini pernah memuat naik status di Twitter untuk kembali meneruskan jelajah kempen sebelum pilihan raya berlangsung 3 November nanti.

Jadi, apa kata anda?

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!