Setiap orang sudah pasti mempunyai impian untuk berumah tangga. Namun, tidak semua ditakdirkan untuk merasai pengalaman bergelar suami atau isteri.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila hubungan cintanya dengan lelaki idaman berakhir di tengah jalan.
Menerusi perkongsian seorang jurugambar bernama Faris atau Bro Sayap, dia ditugaskan untuk mengambil gambar pengantin perempuan tanpa kehadiran pengantin lelaki selepas wanita itu ditinggalkan tunangnya meskipun tarikh pernikahan mereka semakin hampir.
Walaupun berat dugaan yang menimpa dirinya, wania dikenali sebagai Jannah itu tetap meneruskn sesi penggambaran yang telah ditempah.
Biarpun kelihatan cantik setelah disolek dan menggayakan busana pengantin berwarna biru, tetapi ekspresi wajahnya seperti memendam beribu perasaaan yang tidak dapat diungkap.
Perkongsian Bro Sayp di Facebook milinya menrima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak setelah mengetahui kisah di sebalik gambar-gambar wanita itu.
Malah, mereka turut mengecam tindakan bakal suami yang memutuskan perhubungan pada saat akhir.
Netizen turut mendoakan agar wanita berkenaan sentiasa tabah dan dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
Leave a Reply