Blog Berita Online

Berita Utama

Jejambat lebuh raya runtuh, 5 mangsa dipercayai terperangkap

KUALA RUTUH – Sebuah kereta dihempap runtuhan jejambat sebuah projek lebuh raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6 petang.

“Operasi menyelamat kini sedang dijalankan. Maklumat lanjut berhubung punca dan keadaan mangsa masih dalam siasatan.

“Kejadian berlaku di MRR2 menghala ke Ampang,” katanya ketika dihubungi.

Setakat ini, kesesakan teruk berlaku di jalan berkenaan susulan runtuhan dan operasi menyelamat dilakukan.

Beberapa video serta gambar kejadian mulai tular di media sosial.

Leave a Reply