Berita Utama

Jemaah tetap surau Taman Meru meninggal dunia akibat Covid-19

IPOH – Seorang ahli kariah Surau Nurul Islamiah Taman Meru 2C, di sini meninggal dunia akibat Covid-19, malam tadi.

Menurut penegrusi surau berkenaan, arwah yang dikenali sebagai Ismail Bakar menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 7.50 malam.

“Jemaah Surau SNI yang positif Covid-19, Haji Ismail bin Bakar, PTM 18, baru meninggal dunia di Hospital Bainun Ipoh pada jam 7.50 malam ini, kerana Covid-19.

“Sama-sama kita mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh,” katanya menerusi Facebook.

Difahamkan, arwah Haji Ismail merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu dan penginfak tetap tabung surau berkenaan.

Terdahulu, penduduk Taman Meru 2C dikenakan printah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 November lalu sehingga 3 Disember depan.

Ia membabitkan 2,288 penduduk dan 572 rumah dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPD termasuk sekatan pergerakan dan tiada aktiviti ekonomi serta sosial sementara makanan akan disalurkan ke rumah masing-masing.

Daripada 938 saringan yang dilaksanakan sehingga 16 November lepas, sebanyak 76 kes positif Covid-19 telah direkodkan di Taman Meru 2C.

Penularan kes positif itu dikesan awal minggu lalu apabila ada kalangan jemaah yang mengikuti kuliah agama di surau taman berkenaan disahkan positif Covid-19.

Surau taman berkenaan ditutup sementara sejak 10 November lalu.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!