Blog Berita Online

Viral

Jiran selamba buat pagar jadi ampaian, dah tegur pun tak jalan

Pentingkan diri, itulah perkataan yang boleh digambarkan mengenai perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menjadikan pagar rumah jiran sebagai ampaian.

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini dikongsi seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan perangai jirannya itu. Katanya, walaupun sudah beberapa kali ditegur, jiran tidak mengendahkannya.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, jelas kelihatan jirannya menggantung selimut tebal dan tikar sehingga sukar untuk dia keluar masuk rumah.

Di hantaran lain, dia turut menunjukkan jiran dengan ‘selamba’ menggantung tuala kecil dan kain buruk tanpa rasa bersalah. Macam ni pun ada?

Sementara itu di ruangan komen, orang ramai berang dengan sikap keterlaluan jirannya itu. Mereka juga buntu bagaimana untuk menyelesaikan masalah jika teguran tidak dihiraukan.

Apa-apa pun, hidup berjiran sememangnya memerlukan toleransi di antara satu sama lain. Iyalah, kalau ada kecemasan siapa lagi nak hulurkan bantuan kalau bukan jiran tetangga, betul tak?

Leave a Reply