Berita Utama

Jurutera maut terjatuh tingkat 28 semasa tukar mentol

WANGSA MAJU – Seorang wanita terkejut apabila mendapati suaminya yang sedang menukar mentol lampu di balkoni kediamannya di tingkat 28 di Genting Klang, Setapak tiba-tiba hilang dan ditemui terjatuh di tingkat bawah.

Insiden menyayat hati itu menimpa seorang jurutera minyak dan gas kira-kira jam 10.11 pagi pada Isnin lalu.

Berdasarkan keterangan isteri mangsa, lelaki berkenaan sedang menukar mentol lampu dengan menggunakan tangga aluminium.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mayat mangsa ditemui berada di atas lantai bahagian Ground Floor Blok A dalam keadaan terbaring.

Dia mengalami kecederaan di kepala dan badan dipercayai akibat impak jatuh.

Semasa ditemui, mangsa masih memakai baju tshirt putih dan seluar jeans panjang.

Ashari berkata, pemeriksaan awal di rumah mangsa mendapati terdapat satu unit tangga aluminium dan masih dalam keadaan tegap dan jarak ketinggian lantai dengan syiling lebih kurang 10 kaki.

Polis percayai mangsa terjatuh kerana tergelincir ketika berdiri dalam keadaan kurang stabil semasa menukar mentol.

“Simati tidak mempunyai apa-apa masalah keluarga ataupun masalah kewangan. Simati masih bekerja dari rumah.

“Isteri simati juga bekerja dengan syarikat minyak dan gas dan telah tinggal di rumah tersebut sejak 2017 selepas mereka berkahwin,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mangsa meninggalkan seorang anak perempuan berumur dua tahun. – MalaysiaGazette

Loading...

1 Comment

  1. zarilan

    Ngerinya, jatuh dari tingkat 5 pun sakit, inikan pula tingkat 28. Salam takziah buat keluarga mangsa.

Leave a Reply

error: Content is protected !!