RAJA Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami kecederaan ketika bermain golf, hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Tuanku Azizah memuat naik gambar kaki kirinya yang berbalut, dipercayai setelah selesai menerima rawatan.
“Golf punya pasal,” tulis Baginda ringkas di ruangan kapsyen, hari ini.
Rata-rata pengikut Instagram terkejut dan bimbang jika kecederaan Tuanku Azizah teruk, kerana baginda turut memuat naik imbasan x-ray tulang kaki kirinya yang tercedera.
Hantaran itu dibanjiri dengan ucapan daripada pengikutnya yang mendoakan semoga Baginda cepat sembuh daripada kecederaan tersebut. – Malaysiapost
Leave a Reply