Hiburan

Kamal Adli buat kejutan lamar Uqasha Senrose di pentas AME2020

Keserasian Kamal Adli dan Uqasha Senrose di dalam drama gandingan mereka dan di luar set penggambaran membuatkan ramai mahu melihat mereka bercinta. Namun, segala teka-teki terjawab apabila Kamal membuat kejutan melamar Uqasha di pentas Anugerah Meletop Era 2020 sebentar tadi.

Kamal dan Uqasha menjadi artis untuk menyampaikan anugerah pada acara tersebut, selesai sahaja dua anugerah, Kamal secara tiba-tiba memaklumkan dia ada pengumuman penting untuk disampaikan kepada umum.

Lebih mengejutkan, Kamal secara tiba-tiba melutut dan melamar Uqasha. Kamal turut bertanyakan adakah Uqasha sudi berkahwin dengannya dan Uqasha memberi jawapan ‘ya’. Aksi Kamal itu ternyata mengejutkan penonton dan rata-rata bersorak dengan perkhabaran gembira itu.

Terdahulu, hangat diperkatakan kedua pelakon itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan. Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang ada bertanyakan soalan tersebut pada Kamal dan Uqasha.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!