Berita Utama

Kanak-kanak 8 tahun ditemui mati terjerut kain tuala

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal, di sini malam tadi.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu disedari oleh ahli keluarga selepas mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Lebih memilukan kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia pada malam ulang tahun kelahirannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Suzaimi Mohammad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kita terima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 malam tadi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah atau mati mengejut.

Katanya, jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Loading...

Leave a Reply