Blog Berita Online

Berita Utama

Kanak-kanak hidap sindrom down dan masalah paru-paru rayu sumbangan orang ramai

Tidak semua orang dikurniakan dengan kehidupan yang sempurna. Ada yang diuji dengan pelbagai dugaan sehingga memerlukan bantuan daripada pihak lain.

Begitulah keadaan yang dialami oleh kanak-kanak berusia 2 tahun yang berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan yang menghidap Syndrom Down dan masalah paru-paru.

Menurut kiriman yang dikongsikan oleh Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS, adik Khairun Nas Karim itu terlantar dan tidak mampu untuk berjalan seperti kanak-kanak sebayanya.

TABUNG UNTUKMU SAYANG
untuk
ADIK KHAIRUN

9 Julai 20 , 11:00 Malam

Bismillahirahmanirahim, kami dengan ini melancarkan tabung untuk adik Khairun Nas bin Karim berusia 2 tahun berasal dari Wakaf Bharu,Kelantan.

Akhir Mei lalu satu lawatan awal telah dilakukan oleh kru kami disana bagi melihat secara dekat keadaan adik Khairun.

Anak bongsu dari 4 beradik ini terlantar tidak mampu berjalan seperti kanak2 sebayanya, mengidap Syndrom Down dan masalah paru-paru. Pihak perubatan menyarankan dua jenis susu khas yang disalurkan melalui tiub.

📌Mereka yang ingin berkongsi rezeki bagi membantu meringankan bebanan kos keperluan khas adik Khairun ini, boleh salurkan sumbangan ke akaun rasmi kami sepertimana dipersetujui kedua ibubapanya,
CIMB 8602 4983 68
Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial

📌Pertanyaan melalui WhatsApp:
www.wasap.my/60179404640/Khairun

📌Cadangan bantuan adalah seperti berikut
1) 6 bulan bekalan susu ‘Pediasure 850gram’
RM93 x 5 tin sebulan x 6 bulan (30 tin)
= RM2,790

2) 6 bulan bekalan susu ‘Myotein 300gram’
RM65 x 1 tin sebulan x 6 bulan (6 tin)
= RM390

3) 6 bulan bekalan lampin ‘Mamy Poko (tape)’ Saiz M
RM40 x 2 pek sebulan x 6 bulan (12 pek)
= RM480

4) Bantuan kewangan
= RM1,000

Jumlah Sasaran: RM4,660

📌Penyerahan akan dilakukan selepas tabung ditutup dan selesainya pembelian.
Ikuti laman rasmi kami ini untuk perkembangan kes ini serta aktiviti lain sebelum dan akan datang.

#TogetherWeHelp
#SelamatMembantu
Ngo Reg No.: PPM0070327052015

Leave a Reply