Blog Berita Online

Berita Utama

Kanak-kanak OKU rentung rumah terbakar

SEORANG remaja perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Hulu, Saratok dalam Bahagian Betong, di sini, malam ini.

Mayat Aleeysa Mad Ali, 12, yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemukan di dalam bilik tidur rumah dua tingkat itu ketika operasi pemadaman dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.18 malam.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan rumah dua tingkat itu terbakar keseluruhannya.

“Kebakaran dikawal pada 8.45 malam dan pemeriksaan mendapati seorang kanak-kanak perempuan rentung di dalam bilik tidur rumah terbabit,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, enam lagi penghuni membabitkan dua lelaki dan empat wanita berjaya menyelamatkan diri.

“Siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian itu,” katanya.

Leave a Reply