Hiburan

Kanak-kanak perempuan ‘diratah’ lebih 10 lelaki

CHUKAI – Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa nafsu serakah apabila dirogol lebih 10 remaja lelaki dalam kejadian di daerah ini, di sini, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 pagi selepas mangsa berusia 12 tahun menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada kenalan lelaki yang mengajaknya keluar.

Sumber berkata, suspek kemudian datang ke rumah nenek mangsa di Kijal bersama lima rakannya lalu membawa mangsa pergi ke rumahnya sebelum mendakwa diraba dan dirogol kumpulan remaja berkenaan.

“Mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun suspek membawa mangsa ke rumah rakannya yang lain lalu dirogol,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sudah menahan 10 remaja lelaki berusia 14 hingga 19 tahun untuk siasatan di sekitar daerah Kemaman antara 4 petang hingga 10 malam semalam.

“Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, dan polis kini masih memburu beberapa lagi suspek lain,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!