Blog Berita Online

Viral

Kanak-kanak positif Covid-19, bapa sebak lihat anak dijemput ambulans

Hati siapa yang tidak sedih apabila terpaksa melepaskan insan tersayang menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Seorang bapa yang dikenali sebagai Nasrun Zakaria berkongsi video anak lelakinya dijemput oleh pihak KKM untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Apa yang menyedihkan, kanak-kanak itu terpaksa menjalani kuarantin seorang diri tanpa ahli keluarga terdekat.

Malah, sebelum meninggalkan rumah, dia sempat memeluk ibu dan adik-beradiknya yang lain manakala Nasrun memberi nasihat agar anaknya sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

Video berdurasi 3.03 minit itu tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata mereka mendoakan kanak-kanak itu diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply