Blog Berita Online

Viral

Kasihan pakcik Myvi kena tuduh, padahal Suzuki Swift yang rempuh 3 kenderaan

Tular sebuah rakaman ‘dashcam’ di media sosial sejak semalam, memaparkan sebuah kereta Suzuki Swift merempuh tiga kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengah-Bayan Baru, GeorgeTown.

Memetik laporan Utusan Online, tiga kenderaan lain yang terbabit adalah Perodua Myvi, Toyota Vios dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat sebelum dirempuh pemandu Suzuki Swift.

Bagaimanapun, warganet di laman Twitter bersimpati dengan nasib pemandu Myvi yang ‘disoal siasat’ oleh orang awam kononnya menjadi punca kemalangan tersebut berlaku.

Menerusi posting video @amiragilbert_, dapat dilihat seorang pakcik yang didakwa netizen sebagai Perodua Myvi dituduh melanggar lampu isyarat padahal individu yang menjadi ‘punca’ masih tersepit di dalam kereta.

“Kenapa nak marah uncle ni? Bukan dia yang bawa Swift tu. Dia driver Myvi putih yang ada dekat depan sekali dengan traffic light tu. Muka dia tengah terkejut tu. Kesiannya,” tulis @amiragilbert_.

Menurut laporan Sinar Harian pula, pemandu Suzuki Swift yang berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah keretanya yang terbalik.

Selain itu, pemandu Toyota Vios tidak mengalami kecederaan namun penunggang motosikal Honda RS150 mengalami luka ringan di tangan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada mangsa tidak sempat menghentikan kereta dipandunya atau kenderaannya itu mengalami masalah brek.

Leave a Reply