Berita Utama

Ke mana Latheefa Koya menghilang?

Selepas kerajaan PH tumbang akibat dari tindakan peletakkan jawatan oleh PM ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita dapat menyaksikan beberapa jawatan tertinggi dalam organisasi kerajaan turut mengalami perubahan.

Bermula dengan peletakkan jawatan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas pada 28 Februari 2020, ianya diikuti pula dengan peletakkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada 2 Mac 2020 beberapa hari selepas PM ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sepanjang 22 bulan kerajaan PH memerintah, perlantikan Latheefa Koya ke dalam jawatan berkenaan cukup kontroversi ekoran bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji mahukan KP SPRM dilantik bersandarkan persetujuan Parlimen, selain beliau merupakan individu yang aktif dalam parti PKR.

Sepanjang menjawat jawatan KP SPRM, Latheefa Koya melakukan pelbagai tindakan kontroversi berunsur balas dendam terutama sekali dalam aspek pendakwaan terhadap musuh politik PH.

Bermula dengan isu 1MDB yang menjadi ‘modal besar’ Latheefa sehingga kepada isu sijil cuti Sakit, SPRM di bawah Latheefa berada di tahap terburuk di mata rakyat.

Manakan tidak, kes terowong tidak kelihatan Lim Guan Eng tidak dibantah oleh SPRM tatkala AG membuat keputusan tidak meneruskan pendakwaan terhadap mantan Menteri Kewangan dari DAP itu.

Itu tidak termasuk dengan tindakan SPRM yang menjadi ‘pemeriksaan kesahihan’ sijil cuti sakit Rosmah Mansor, yang mana ianya tidak ada kaitan dan bukan di bawah bidang kuasa SPRM.

Dan ingat tak lagi kalian mengenai ‘pendedahan rakaman perbualan’ antara Najib Razak dengan Keluarga Diraja UAE, Putera Mohammed bin Zayed Al Nahyan kepada pihak media yang ternyata menjadi senjata makan tuan kepada beliau sendiri, kerana tindakannya itu bukan sahaja menjejaskan hubungan Malaysia – UAE, dalam masa yang sama melanggar subjek privasi dan kerahsiaan komunikasi pemimpin negara, yang semua ini jelas melanggar undang-undang negara.

Dan bersandarkan kepada pelbagai kes salah guna kuasa yang terjadi di era kepimpinannya, apakah tidak ada sebarang tindakan yang boleh diambil kepada bekas KP SPRM lantikan politik ini? Paling tidak dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mana beliau secara jelas menyebarkan rahsia kerajaan kepada pihak media.

Namun apa yang pelik sekarang, beliau seolah-olah hilang dari radar sejak melepaskan jawatan nombor 1 SPRM itu lima bulan yang lalu sehingga orang awam mula mempersoalkan ke mana menghilangnya Latheefa Koya.

Loading...

Leave a Reply