POLIS sedia membantu mengesan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang dikenakan waran tangkap Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Kita sedia bantu,” katanya ringka hari ini.
Terdahulu, JAIS dilaporkan telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam semalam.
Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada sebutan semula kes tanpa mengemukakan sebab.
Mahkamah kemudian menangguhkan kes kepada 1 Jun depan.
Nur Sajat dituduh berpakaian seperti wanita pada satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina, di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, jam 7.30 malam 23 Februari 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, netizen pelik dengan kehilangan Nur Sajat malah akaun Instagram miliknya juga didapati telah dipadamkan.
Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen:
Leave a Reply