Seorang wanita maut digilis sebuah lori ketika mengelak sebuah kereta yang membuka pintu secara tiba-tiba di Kampung Padang Luas, Jerteh, semalam.
Delam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Nora terlanggar pintu kereta Perodua Alza sebelum terjatuh di atas jalan raya.
Sebuah lori yang datang dari arah belakang gagal mengelak lalu menggilis mangsa.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut serta-merta di tempat kejadian manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian memandu yang menyebabkan kematian.
Sementara itu, suasana pilu menyulubungi lokasi kejadian sebaik sahaja ahli keluarga mangsa tiba di tempat itu.
Dua individu dipercaya suami dan anak mangsa dilihat sedang menangis kesedihan sambil ditenangkan oleh orang awam.
Leave a Reply