SEORANG pemuda tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan bekas gurunya sendiri yang 14 tahun lebih tua daripadanya.
Menerusi perkongsian di Tiktok miliknya, pemuda itu memberitahu dia mengenali isterinya yang juga guru Pendidikan Seni sejak dari Tingkatan 1 lagi.
Katanya, dia sama sekali tidak menjangka akan jatuh cinta seterusnya mengahwini gurunya itu.
“Benda tak dijangka. Masuk Tingkatan 1 tak ada lah nak kakwin dengan cikgu ni. Tak ada sampai macam tu. Dia seorang cikgu yang baik,” katanya.
Menurut pemuda itu, dia mula rapat dengan gurunya ketika berada di Tingkatan 5 apabila sering memberi pickupline untuk mengusik gurunya selain menjadi ‘jurugambar’ peribadi gurunya untuk sebarang aktiviti di sekolah.
“Wife aku pernah cakap dia suka aku amikkan gambar dia sebab cantik. Kalau ada acara sekolah mesti dia cari aku untuk ambilkan gambar dia,” katanya.
Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sebaik sahaja pemuda itu menerima keputusan SPM pada usia 18 tahun dan kini bahagia bersama seorang cahaya mata.
“Perkara ini berlaku cepat, berlaku ketika hendak ambil SPM lepas tu ambil result, kahwin dan ada anak. Tak ada istilah bercinta kat sekolah pun,” ujarnya.
Pemuda itu bersyukur kerana perkahwinannya mendapat restu dari ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Dia juga meminta netizen agar mendoakan yang baik-baik untuk keluarga kecilnya itu.
Leave a Reply