Berita Utama

‘Kenapa benci sangat dengan tahfiz, Siti Kasim?’ – Rani Kulup buat laporan polis

“Puan Siti Kasim, sudahlah, bertaubatlah.”

Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini membuat laporan polis terhadap peguam dan aktivis Siti Kasim di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung isu aak dan sekolah tahfiz.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu menggesa Siti Kasim berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam.

Ekoran kelantangannya mengaitkan isu pengharaman arak dengan sekolah tahfiz, Siti Zabedah Kassim dituntut membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dan menarik balik kenyataannya.

“Jangan melampaulah Siti Kasim. Ini perkara yang boleh mencetuskan kontreversi suruh tutup sekolah tahfiz kalau nak haramkan arak.

“Janganlah menaikkan kemarahan rakyat. Perkara yang tidak seharusnya kau cakap. Ayah suka, ayah sayang kamu, tapi kamu keluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada pemberita seperti dipetik daripada MalaysiaGazette.

Rani Kulup turut mempersoalkan tindakan Siti Kasim yang menunjukkan dia seolah-olah membenci sekolah tahfiz.

“Tarik balik kenyataan, minta maaf seluruh umat Islam jangan kaitkan arak dengan tahfiz. Kenapa kau benci sangat dengan tahfiz? Di mana kedudukan kamu sebagai orang Islam?” katanya.

Dalam masa sama, Rani Kulup menggesa polis menyiasat Siti Kasim atas kenyataannya sebelum ini berkaitan isu pengharaman arak. – CARI

Loading...

Leave a Reply