Berita Utama

Kerajaan cadang kenakan caj perkhidmatan 20 sen untuk pembelian ‘online’ bawah RM1,000

BACHOK — Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian, kata timbalan menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, perkara itu sebagai langkah supaya dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

“Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Maka, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000 maka caj tambahan dikenakan adalah 40 sen,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Merdeka@Komuniti Peringkat Kelantan di Pengkalan Petah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun, pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan manakala tambahan setiap 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zahidi berkata cadangan setiap pembelian bawah RM1,000 menerusi platform e-dagang antaranya Lazada dan Shopee akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen.

Loading...

Leave a Reply