Berita Utama

Kerajaan PN tarik balik harga maksimum untuk RON95, diesel?

Warta Kerajaan Persekurtuan berhubung Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) yang menentukan harga siling untuk RON95 dan diesel telah dibatalkan, lapor portal pro-DAP, Malaysiakini.

Menurut warta bertarikh 3 Jun itu, pembatalan itu adalah berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 4, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], Pengawal, dengan kelulusan menteri.

Ia diluluskan oleh Alexander Nanta Linggi selaku menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna pada 10 April lalu.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Harapan, menetapkan harga RON95 dan diesel masing-masing tidak boleh dijual melebihi harga siling iaitu pada RM2.08 dan RM2.18.

Pada 24 Februari lalu, kerajaan PH tumbang selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Harga bahan api telah menurun dengan ketara sejak Februari susulan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini berkata kejatuhan harga minyak AS$1 setiap setong menyebabkan kerajaan rugi RM300 million.

Pada ketika ini, harga pam untuk RON 95 dan diesel masing-masing adalah RM1.48 dan RM1.63.

Loading...

Leave a Reply