Berita Utama

Kes tembak anggota PGA: 6 penyeludup berjaya ditahan

PADANG BESAR – Enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hingga menyebabkan seorang terkorban awal pagi tadi, sudah ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata dua daripada suspek terbabit ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia, manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand.

Beliau berkata, usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan pihak berkuasa kedua-dua negara.

Sindiket penyeludupan dalang tembak anggota PGA

Sumber memaklumkan, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah menyebabkan kegiatan penyeludupan menjadi sukar dilakukan.

Beliau berkata, sindiket sama turut dipercayai melepaskan tembakan amaran ke arah anggota PGA yang sedang melakukan rondaan sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 13 November lalu.

“Kes (tembakan) ini ada kaitan kumpulan penyeludup, ada yang tidak puas hati apabila kita ketatkan sempadan.

“Dua anggota sedang berkawal ketika diserang, ada anggota lain dengar bunyi tembakan,” katanya di sini, hari ini.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!