Berita Utama

Keterlaluan kata polis tak jaga solat – KPN

Dakwaan pengasas rangkaian Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut dengan mengatakan Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sangat keterlaluan, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Abd Hamid Bador berkata, perihal solat ini kita dengan tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan, didikan agama sentiasa menjadi keutamaan dalam PDRM.

“Di PDRM kita mempunyai Pegawai Agama (Hafiz) dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negara ada mempunyai surau, katanya lagi.

Kerajaan telah menyediakan prasarana untuk setiap anggota beribadah menunaikan kewajipan masing-masing dengan tuhan, dan setiap pengambilan anggota baru PDRM diwajibkan menjalani ujian agama, kata Abd Hamid lagi.

“Saya tidak boleh paksa semua orang sembahyang, itu antara diri masing-masing dengan Tuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu didalam satu video yang tersebar di laman-laman media sosial semalam, Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pegawai polis hari ini tidak menjaga solat dan menghisap rokok.

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.

“Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?

“Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya ketika menghadiri satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Asri sudah minta maaf

Sebelum itu, Mohd Asri telah tampil menyatakan permohonan maaf atas keterlajurannya menghina pasukan beruniform di negara ini.

Mohd Asri melalui laman Facebook menyifatkan kenyataannya sebelum ini disebabkan ketelanjuran dan kejahilan.

“Bismillah, assalammualaikum semua. Saya memohon maaf atas kesilapan dan ketelanjuran saya, saya benar-benar rasa bersalah atas perkara tersebut.

“Saya akui kesilapan saya ini. Maafkan saya atas kejahilan saya,” katanya sebentar tadi.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!