Blog Berita Online

Berita Utama

Khalid Samad tak puas hati Shahidan minta tubuh RCI siasat Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk ketika sesi sidang Dewan Rakyat pada sebelah petang hari ini.

Ia berpunca gara-gara isu penjualan aset Lembaga Tabung Haji dibangkitkan oleh ahli Parlimen di pihak kerajaan.

Antara yang ‘panas punggung’ ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad apabila dilihat tidak berpuas hati ketika Ahli Parlimen (BN-Arau), Datuk Seri Shahidan Kassim meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berhubung isu tersebut.

Shahidan mencadangkan agar RCI tersebut menyiasat dakwaan aset TH dijual pada harga yang lebih rendah daripada nilai sebenar.

“Jual harta TH nilai RM244 juta pada RM177 juta. Apakah benar terdapat surat daripada CEO TH yang mengatakan perkara itu?

“TH pun kamu jual, TH bukan hak kamu. TH hak pendeposit orang Islam,” kata Shahidan ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang diPertuan Agong.

Khalid kemudiannya dilihat terdiam setelah ditempelak Ahli Parlimen (BN-Pontian), Datuk Seri Ahmad Maslan yang mencelah dengan berkata, PH cuba menyembunyikan kejatuhan pasaran saham lebih 300 mata dengan ‘menghilangkan’ lebih kurang RM400 bilion.

Ahmad berkata, keadaan itu telah menyebabkan TH serta beberapa syarikat milik kerajaan yang lain mengalami kerugian.

Ujarnya, segala kerugian itu cuba disalahkan kepada kerajaan semasa sedangkan saham itu jatuh merudum ketika pemerintahan PH.

1 Comment

  1. J

    Takut kantoi la PH jual aset2 TH… Sebab tu AMANAH meroyan…

Leave a Reply