Berita Utama

KKM nafi Dr Ali meninggal dunia sebab terlampau penat

KUALA LUMPUR – Allahyarham Dr Ali Noor Hassan pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain.

Malah, Allahyarham pernah menjalani beberapa sesi rawatan, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Allahyarham yang negatif Covid-19 meninggal lewat malam kelmarin.

Susulan itu, Dr Noor Hisham memohon mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kematian Allahyarham.

Dr Noor Hisham mengulas mengenai kematian Dr Ali yang tular di media sosial dan dikaitkan keletihan bekerja akibat Covid-19.

”Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.

”Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” kata Dr Noor Hisham yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarganya.

Menurutnya lagi, Dr Ali merupakan seorang Pegawai Perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat beliau. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!