Berita Utama

Kuil haram di Alor Setar selamat dirobohkan

Kuil Hindu berusia 70 tahun yang dibina secara haram di Jalan Stesen, Alor Setar telah selamat dirobohkan oleh Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS), awal pagi tadi.

Ia terpaksa dirobohkan berikutan mendapat bantahan dari penduduk setempat kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu sejak sekian lama.

Menurut pegawai khas Menteri Besar Kedah, B Kumaresan, pihak kuil Sri Madurai Veeran itu telah pun diberi masa secukupnya untuk berpindah tetapi gagal berbuat demikian sehingga ke hari ini.

“Ini isu lama. Ketika kerajaan PH, terdapat tiga notis untuk pihak kuil agar mengalihkan kuil dari sini. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan selepas krisis Covid-19.

“Lepas PN ambil alih, MB berjumpa dengan pihak kuil pada 22 Jun dan bersetuju memberi masa 30 hari untuk mengalihkan kuil. Namun, MBAS tidak setuju tempoh masa yang panjang, maka ia dikurangkan kepada 10 hari.

“Dan pada 1 Julai, dalam mesyuarat exco negeri, tempoh tersebut ditambah tujuh hari lagi sehingga semalam (8 Julai). Pihak kuil menyedari tempoh yang diberi,” katanya.

Loading...

Leave a Reply