Bapa kepada mekanik yang rentung dalam Perodua Alza miliknya yang terbakar, semalam dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi.
Allahyarham Jaafar Abdullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Kampung Wakaf Mempelam pada jam 5 pagi.
Difahamkan, Allahyarham yang ketika itu menerima rawatan di hpspital berada dalam keadaan tenat sebelum ahli keluarganya membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah selepas pihak doktor tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
Pemergian Allahyarham kurang 24 jam selepas anaknya Mohd Azizi mengundang pilu ahli keluarga yang lain.
Malah, menurut seorang saudara terdekat mereka, Mohd Azizi sempat memeluk dan mencium ayahnya sebelum mangsa terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawanya.
Sementara itu, adik mangsa yang dikenali sebagai Syuhada meminta orang ramai agar menyedekahkan Al-Fatihah kepada ayah dan abangnya selain mendoakan agar roh kedua-duanya dicucuri rahmat.
Leave a Reply