Berita Utama

Terkini: Semua ahli KWSP boleh keluarkan duit Akaun 1, one-off RM10,000

SEJUMLAH 8 juta pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka melalui Akaun 1.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Pengulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Tengku Zafrul berkata, tiada syarat dikenakan kepada pencarum asalkan mereka terjejas akibat Covid-19.

“Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurasan KWSP pagi tadi sukacita dimaklumkan bahawa i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

“Tidak kira disebabkan kehilangan pekerjaan, atau telah terkurang pendapatan mereka tahun ini ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.

Tanpa mengira ahli tersebut bekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli tersebut aktif ataupun tidak. Selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan dari Akaun 1 KWSP,” kata Tengku Zafrul.

Katanya, ahli boleh memohon dalam talian atau hadir ke pejawat KWSP dengan hanya menunjukkan bukti kehilangan, notis cuti tanpa gaji, pemotongan gaji dan pengurangan pendapatan sekirannya bekerja sendiri.

KWSP dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak.

Syarat sebelum ini i-Sinar hanya dibuka kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan atau ditangguh bayaran gaji dan hanya ahli aktif KWSP mempunyai sekurang-kurang 1 bulan caruman mulai Mac 2019 Sehingga Februari 2020.

Tengku Zafrul berkata skim tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.

Membenarkan pengeluaran “one-off” hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan syarat yang dikenakan UMNO bagi menyokong Belanjawan 2021.-SM

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!