Berita Utama

‘Lain yang diadu, lain yang dijawab – Netizen tidak puas hati dengan kenyataan MBSA

Kenyataan media yang dikeluarkan MBSA berhubung video tular oleh peniaga burger semalam tidak dapat diterima oleh sebahagian besar netizen.

Menerusi laman Facebook MBSA, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan alasan yang diberikan pihak berkuasa tempatan itu.

“Tindakan penyitaan tersebut diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan setelah selesai melakukan aktiviti perniagaan yang menyebabkan masalah lalulintas selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya,” jelas MBSA.

Bagaimanapun, MBSA tidak pula memberikan sebab mengapa premis judi haram serta rokok seludup masih dibiarkan walaupun peniaga burger telah membuat aduan sebelum ini.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Baharum Abdullah berkata, MBSA tidak menjawab persoalan yang diutarakan peniaga burger dan hanya mencari salah orang lain.

“Lain yang orang adu, lain yang kau jawab. Amende la. Amanah tu bila nak dijalankan. Ke simpan dalam poket je? Sama Melayu kacau habis, warga asing bermaharajalela,” tulisnya.

Manakala Nor Faezal Jamalry menulis: “Kenyataan ni ada benarnya. Tapi lebih kepada menunjukkan kelemahan sendiri. Macam la kedai-kedai judi tu baru minggu lepas ada. Kedai-kedai Acheh tu bukan setakat tinggalkan gerai, siap lantai bersimen. Siap jadi stor kekal. Come on la MBSA benda dah tak dapat nak tutup. Akui je la memang banyak “bangkai bernyawa” di kalangan pegawai-pegawai anda”

Malah ada yang menggesa pihak SPRM menyiasat anggota penguatkuasaan MBSA sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah.

Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen:

Loading...

Leave a Reply