Blog Berita Online

Berita Utama

Langgar SOP kuarantin, YB Pas dikompaun RM1,000

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikompaun RM1,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, berkata Mohd Khairuddin didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7Julai lalu dan menjalani sampel ‘nasopharyngeal swab’ kali pertama pada hari yang sama dan didapati negatif.

Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

Oleh kerana Khairuddin gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun RM1,000 Khairuddin pada 7 Ogos dan beliau sudah membayar kompaun berkenaan.

Leave a Reply