Seorang laskar siber PAS menempelak Ustaz Azhar Idrus selepas pendakwah terkenal itu menegur kerajaan Terengganu berhubung isu penganjuran zumba di taman awam Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Menurut Rahimi Mansor, tindakan pihak UAI merakam gambar dari jauh dan memuat naik gambar tersebut ke media sosial adalah tidak wajar kerana boleh menyebabkan perbalahan dalam kalangan penyokong dan pengundi PAS.
“Gegar riuh kes zumba di Bukit Besar, dah kalau masa mereka tengah berjoget tu, ustaz-ustaz turun buat lawatan mengejut ala-ala street dakwah pergi nasihat depan-depan boleh tak?
“Ni main ambik gambar dari jauh lepas tu masuk dalam FB, nak jadi mata dan telinga kerajaan kata ustaz, dah kenapa tidka jadi mata dengan telinga agama?.
“Habis kacau masing-masing duk mengutuk, yang ini salahkan kerajaan, yang itu salahkan pejabat agama, yang ini salahkan seluar ketat, ada yang suruh tutup Bukit Besar. Habis tu apa kesudahannya,” katanya dengan nada marah.
Rahimi Mansor berkata, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan untuk beriadah dan sebagainya jadi terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu ikut atau tidak.
“Nanti kalau kerajaan ambil tindakan, kata kerajaan Taliban pulak. Nampak yang komen pun jenis nasi tambah jer ramai, bukan tolong betul-betul pun,” katanya.
Leave a Reply