Blog Berita Online

Berita Utama

Lelaki meraung isteri maut dalam kereta terbakar

PETALING JAYA – Seorang lelaki kelihatan meraung selepas isterinya dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang sedang terbakar.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam sati kemalangan di Kilometer 45, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor sebentar tadi.

Walaupun cuba ditenangkan oleh pengguna jalan raya yang lain, namun lelaki tersebut tidak dapat menahan sebaknya kerana gagal menyelamatkan isterinya.

Tangisan pilu lelaki tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum ia dimuat naik di laman Facebook oleh seorang individu dikenali sebagai Ridzema Naj.

Menurut individu tersebut,kejadian itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa terbakar dan difahamkan lebuh raya ditutup sepenuhnya ketika ini oleh pihak berkuasa.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna bersimpati dengan lelaki tersebut dan mereka mendoakan agar individu itu tabah serta kuat menghadapi dugaan itu.

“Tak sanggup dengar raungan suami mangsa..Allahuakhbar!!. Semoga tabah Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga, ” tulis Nur Faizah Izah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aishah Rosli.

“Allahhuakbar sedihnya isteri dia dalam kereta, ” ujarnya sedih.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, memaklumkan seorang wanita maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu.

Katanya, wanita yang maut adalah penumpang Proton Wira dan ditemui tersepit serta rentung dalam kenderaan terbabit.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.47 malam dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori jenis Isuzu dan Proton Wira.

“Lori berkenaan terbakar 70 peratus manakala Proton Wira hangus 90 peratus. Sebuah kereta Proton Preve yang turut terbabit dalam kemalangan tidak terbakar.

“Seorang mangsa wanita di tempat duduk penumpang Proton Wira ditemui tersepit dan rentung manakala pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, dua lelaki yang menaiki lori dan pemandu Proton Preve dilaporkan selamat.

Leave a Reply