Blog Berita Online

Berita Utama

Lelaki parah bateri vape meletup dalam poket

SEORANG lelaki melecur di bahagian paha sebesar bola keranjang selepas bateri peralatan vape meletup di dalam poketnya.

Nader Harb yang berasal dari Cleveland, Ohio, bersiap untuk membuka kedai daging tempat dia bekerja apabila bateri jenis LGHG2 di dalam poket kanan seluarnya meletup dan terbakar.

Menurut saman yang difailkan terhadap pengeluar bateri, LG Chem baru-baru ini, Harb berkata, dia berguling di atas lantai untuk memadamkan api.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan menerima rawatan kerana melecur pada sebahagian besar paha kanannya.

Menurut Harb, nyawanya nyaris melayang dalam kemalangan itu.

“Kesakitan yang saya alami lebih teruk daripada dilanggar kereta.

“Maksud saya, saya pernah cedera akibat mesin dan dilanggar kereta tetapi kesakitan yang dialami tidak seperti ini,” kata Harb kepada stesen televisyen WKYC.

Lelaki itu bertindak menyaman LG, syarikat elektronik Korea Selatan yang memiliki pembekal bateri itu. 
– Agensi

Leave a Reply