Berita Utama

Lim Guan Eng luluskan projek bernilai RM6.61 bilion secara runding terus

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini mendedahkan sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh kementerian kewangan,” kata Tengku Zafrul ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020.

Kenyataan Tengku Zafrul ini menimbulkan keributan Dewan setelah Pakatan Harapan sebelum ini berjanji untuk menghapuskan semua kaedah pemberian projek menerusi runding terus.

Sementara Menteri Hal Ehwal Ekonomi ketika pentadbiran Pakatan Harapan, Mohamad Azmin Ali mendedahkan bahawa Lim Guan Eng tidak pernah membentangkan senarai projek tersebut di dalam kabinet.

Loading...

Leave a Reply