Politik

Mahathir tuduh Najib punca kerajaan PH tumbang

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berhak membuat kritikan terbuka terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bekas Perdana Menteri Keenam (PM6) itu telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Memetik laporan FMT, bekas Perdana Menteri Ketujuh (PM7) itu berkata, beliau kecewa PPBM (Bersatu) terpengaruh dengan isu DAP boleh menghancurkan orang Melayu yang menurutnya sengaja dicipta oleh Najib .

“Ini adalah isu yang dicipta Najib untuk menjatuhkan kerajaan PH supaya Najib dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan yang mengambil alih.

“Maka dengan hasrat untuk kembali berada dengan kerajaan, Najib mendakwa DAP akan hancurkan orang Melayu jika berada dalam kerajaan. Dakwaan ini tidak berasas, ia hanya bertujuan menakutkan orang Melayu supaya menolak kerajaan PH,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir turut menafikan peletakan jawatannya sebagai PM7 merintis kepada kejatuhan kerajaan PH, beliau sebaliknya menuduh PPBM sebagai penyebabnya.

“Sebenarnya PH dijatuhkan oleh Bersatu (PPBM) apabila keluar PH (menyebabkan) seluruh anggota PH kehilangan jawatan mereka.

“Saya sebagai anggota kerajaan PH juga kehilangan jawatan,” katanya, dipetik dari laporan Sinar Online. – SuaraTV

Loading...

Leave a Reply