Tiga hari yang lalu, mereka berdua telah ditidurkan namun semalam, suami Rien Rieyana dikhabarkan telah dijemput Ilahi.
Berita sedih itu dikongsi oleh seorang rakan, dikenali sebagai Puan Shakinah menerusi laman Facebooknya.
Justeru, dia turut bimbang reaksi penerimaan Rien Rieyana apabila dapat tahu berita tersebut sekiranya tersedar nanti.
Walau bagaimanapun, selang sehari kemudian Rien Rieyana dikhabarkan turut menyusul pemergian suaminya.
Secara tidak langsung, anak tunggal mereka yang berusia dua tahun jadi anak yatim sekelip mata akibat virus tersebut.
Kejadian itu membuatkan Puan Shakinah sebak apabila terkenang keterujaan rakannya itu sewaktu hamil kerana sudah sekian lama menunggu rezeki cahaya mata.
Selain menitipkan ucapan takziah kepada pasangan tersebut, video terakhir yang sempat dikongsi Rien Rieyana turut curi tumpuan ramai.
Sebelum dimasukkan ke ICU, Allahyarham berharap semua pihak dapat mendoakan serta memaafkan dirinya terlebih dahulu. Tak cukup dengan itu, lagu latar posting berkenaan turut meruntun jiwa ramai.
Leave a Reply